Saturday, 13 April 2013

cRistano ronAldo mEndermA kAsut emAs beliAu kepADA palestin















Konflik Israel dengan Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza telah menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo hingga beliau sanggup melelongkan anugerah paling bermakna dalam karier bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.


Bekas pemain Manchester United yang kini dalam pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan bagi membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak bagi La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Biarpun berlainan agama namun atas sifat kemanusiaan, dia menyumbang sebanyak itu. Jangan jadi khawarij, yang mana umat Islam yang lain mendoakan keselamatan sesama Islam terutamanya rakyat Palestin, mereka mendoakan kehancuran sesama Islam pula.


No comments:

Post a Comment