Monday, 15 April 2013

RumaH bergerak Paling Mahal d Dunia!! sasss...


Kami mahukannya!
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah mudah alih atau bergerak ini direka oleh syarikat yang diberi nama Mrshy Mobile. Dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi, balkoni dan lain-lain kemudahan termasuk televisyen berukuran 40-inci yang nyata cukup mewah. Dengan kelengkapan tersebut dan dari gambar yang akan anda lihat pada post ini, tidak hairanlah harganya mencecah kira-kira tiga juta dolar dan kini direkodkan sebagai rumah bergerak paling mahal di dunia. OH!
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Lagi gambar after the break~
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia
Rumah Bergerak Paling Mahal Di Dunia

10 Tempat Menarik Dunia! wow...


Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik. Ada antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini, kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana kesemuanya tidak pernah pun kami ketahui (dan mungkin anda juga).. Cekidaut~
1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Wisteria Tunnel
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman.
2. Cinque Terre, Italy
Cinque Terre italy
Cinque Terre adalah sebahagian daripada pantai di rantau Liguria Itali. Teres yang dibina di atas landskap lasak menjadi tarikan pelancongan yang sangat popular.
3. Hotel La Montaña Mágica
Hotel La Montana Magica
Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios, Chile.
4. The Crooked Forest
The Crooked Forest
Crooked Forest ini terletak betul-betul di luar Nowe Czarnowo, Barat Pomerania, Poland. Mengandungi kira-kira 400 pokok pain dengan batang yang bengkok. Pokok-pokok tersebut telah ditanam sekitar tahun 1939. Sehingga kini, bagaimana pokok-pokok tersebut berbentuk sedemikian rupa masih tidak diketahui.
5. Tunnel Of Love (Terowong Cinta)
Tunnel Of Love
Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami isteri.
6. Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs ini terletak di Iceland dan ianya adalah buatan manusia. Walau bagaimanapun, air dipanaskan secara semulajadi oleh aktiviti gunung berapi di pulau itu. Menurut penduduk sekitar, Blue Lagoon Hot Springs akan kelihatan amat indah pada musim bersalji, dan airnya juga masih terasa hangat.
7. Ice Canyon
ice canyon
Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).
8. Ball Pyramid
Ball Pyramid
Ball Pyramid adalah tindanan laut tertinggi di dunia. Ia adalah tinggalan gunung berapi yang terbentuk kira-kira 7 juta tahun lalu. Ketinggian Ball Pyramid ini adalah 562 meter dan terletak di tenggara pulau Lord Howe di Lautan Pasifik.
9. The Great Barrier Reef
The Great Barrier Reef
Merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di dunia. Ia terletak di Laut Karang, di luar pantai Queensland, Australia. Jangan tidak tahu, anda boleh melihat The Great Barrier Reef ini dari angkasa lepas kerana ianya begitu besar. Tempat ini adalah destinasi yang sangat popular bagi kaki skuba.
10. Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia. Taman ini dipenuhi dengan pemandangan hijau yang indah dan air terjun yang menakjubkan.

Saturday, 13 April 2013

Tahanan wanita yAng ditahAn olEh FBI

Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.

Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarakat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? 

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. 

cRistano ronAldo mEndermA kAsut emAs beliAu kepADA palestin















Konflik Israel dengan Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza telah menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo hingga beliau sanggup melelongkan anugerah paling bermakna dalam karier bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.


Bekas pemain Manchester United yang kini dalam pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan bagi membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak bagi La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Biarpun berlainan agama namun atas sifat kemanusiaan, dia menyumbang sebanyak itu. Jangan jadi khawarij, yang mana umat Islam yang lain mendoakan keselamatan sesama Islam terutamanya rakyat Palestin, mereka mendoakan kehancuran sesama Islam pula.


Thursday, 11 April 2013

wow!!..lelaki yang mempunyai buah dada yang terbesar dunia!!


BEIJING – Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

“Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar,” katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya. – Kosmo 

Ganjaran USD Bunuh Penerbit Filem Innocence of muslim!




Filem Innocence Of Muslim telah menimbulkan kemarahan umat islam diseluruh dunia kerana dikatakan telah menghina Nabi Muhammad SAW. Terbaru, seorang menteri keretapi di pakistan, Ghulam Ahmed Bilour yang merupakan anggota Parti Nasional Awami menawarkan ganjaran..... tersebut kepada sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut "Sesiapa yang berjaya membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW akan diberi ganjaran dolar oleh saya". Cetusan dari filem ini juga telah mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban dan salah seorang daripada mangsa adalah duta Amerika Syarikat di Libya"Christopher Steven"yang turut terbunuh bersama 2 lagi pegawai akibat serangan penduduk tempatan yang marah pada 12.09.2012 .Serangan yang dibuat terhadap beliau di kedutaan itu mengunakan bom tangan dan peluru dari senjata dan beliau mati apabila kenderaan yang beliau naiki dibedil dengan roket sewaktu cuba melarikan diri!

Penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula @ sam bacile,56 tahun yang menetap di Chalifornia ditanya samada menyesal atau tidak menjawab "TIDAK, saya tidak menyesal!Saya sedih dengan pembunuhan duta tetapi saya tidak menyesal menghasilkannya".Filem ini mula dimuat turun di you tube pada 1.7.2012 dengan bertajuk "The Real Life Of Muhammad" selama 13.03 @480p dan diupload kali kedua pada 2.7.2012 dan mengambil masa selama 13.51@1080p. Filem ini dikata menerima sumbangan sebanyak USD5 juta dari 100 penderma yahudi menurut penerbit ini ,namun beliau enggan mendedahkan siapa mereka. Filem ini dikatakan mengambil masa selama 2 jam untuk ditonton.

Hadiah Utama ABPBH 2012 Nissan Fairlady Milik Shaheizy Sam Hilang

shaheizy sam dgn hadiah utaman APBH 2012

Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.
Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas.Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi tadi di Taman Skudai, Johor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
“Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.
“Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.
“Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek,”katanya.
Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.